Hak Asasi Orang Asli Harus diiktiraf


Mungkin ramai yang tidak mengetahui atau tidak pernah mendengar tentang perkampungan Orang Asli Bertang, Sungai Koyan di Kuala Lipis Pahang yang didiami oleh masyarakat Orang Asli dari suku kaum Temuan. Di dalam video ini dapat kita saksikan keadaan masyarakat Orang Asli yang hidup serba kekurangan dari segi kemudahan infrastruktur terutamanya seperti Jalan Raya, Sekolah dan sebagainya.

Kehidupan yang serba kekurangan ini merupakan faktor penghalang kepada Orang Asli untuk memajukan diri dalam hidup akibat tidak mendapat pendidikan yang khusus seperti tempat- tempat lain.
Keperihatian kerajaan agar sama- sama membantu dalam meningkat kan taraf hidup Orang Asli seharusnya menjadi satu objektif utama pada masa kini agar mereka dapat bersaing dalam dunia yang semakin maju kini.

Kehadiran masyarakat Orang Asli pada masa kini seolah- olah tidak disedari dan tidak mendapat pengiktirafan bahawa orang Asli merupakan orang satu masyarakat yang wujud di Malaysia. Buktinya dalam dunia pendidikan mata pelajaran Sejarah pada hari ini langsung tidak wujud berkenaan masyarakat Orang Asli. Konsep masyarakat majmuk berbilang kaum pada masa kini hanya digunakan kepada 3 bangsa sahaja iaitu Melayu, Cina dan India.

Tahun 2008 merupakan satu titik sejarah kebangkitan Orang Asli berkenaan tanah Rizab orang Asli. kebergantungan orang terhadap hasil hutan merupakan Hak yang di iktiraf daripada dulu lagi dan isu pencerobohan hutan simpan sepatutnya tidak sepatutnya wujud, terutamanya bagi masyarakat Orang Asli yang menduduki kawasan tersebut sejak zaman nenek moyang mereka.