Protes Terhadap Parti BN


Video ini merupakan wakil- wakil dari kampung- kampung Orang asli terutamanya dari Pahang iaitu wakil dari Kg. Permatang Keledang, Kg. Kerinci, Kg Serdang dan kampung- kampung lain yang menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap Jentera Pentadbiran Barisan Nasional yang menggunakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam mendapatkan pengaruh dan kepercayaan Masyarakat Orang Asli terhadap mereka.


Ketidakpuasan Wakil penduduk kampung orang asli ini bukanlah satu tujuan sebagai tanda bantahan ketidakpuasan atau penolakan terhadap Jentera kepimpinan Barisan Nasional tetapi sebagai satu sumber pembakar semangat agar Parti Barisan Nasional dapat membela nasib orang asli. tugas Parti Barisan Nasional sekarang adalah untuk mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat Orang Asli Bahawa Jentera Barisan Nasional dapat membela nasib masyarakat Orang Asli dengan lebih amanah dan telus.

Barisan Nasional merupakan parti yang merupakan Parti yang mendapat sokongan majoriti Orang Asli sejak dari dahulu lagi. Seperti apa kata PM kita Dato' Seri Najib Tun Razak Rakyat Diutamakan, Pencapaian Diutamakan haruslah ditunaikan bagi mendapatkan kepercayaan Masyarakat Orang Asli terhadap jentera Barisan Nasional.