Memaparkan catatan dengan label orang asli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orang asli. Papar semua catatan

HeiTech catat sejarah tersendiri biaya pelajar orang asli cemerlang

Pekan, 3 Januari 2009 – Usaha HeiTech untuk memperkasakan generasi pelapis negara diteruskan di mana buat julung kalinya HeiTech telah mengambil seorang anak orang asli, adik Nooraniza Abu sebagai pelajar angkatnya.
Pemilihan adik Nooraniza adalah rentetan daripada kejayaan cemerlang beliau pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu dengan mendapat 5A. Bekas murid Sekolah Kebangsaan Temai Pekan ini juga bakal mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Seri Puteri di Cyberjaya.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Pengerusi Eksekutif HeiTech, Dato’ Mohd Hilmey Mohd Taib berkata HeiTech sentiasa berusaha mencari ruang dan peluang bagi membantu golongan pelajar khususnya di kawasan luar bandar.
Sejarah asal asli Jakun

Rumpun orang asli kg pos ulu mempelam
Mungkin ada dikalangan masyarakat pada hari ini pernah mendengar nama kg landai yang teletak di nenasi, kg runchang dan kg simpai yang teletak di muadzam tetapi tidak menyedari tentang asal dari mana mereka datang. Sebenarnya masyarakat dari ketiga- tiga kampung ini berasal dari satu kawasan yang sama iaitu dari kg Pos Ulu Mempelam. Buktinya, dialeg yang mereka gunakan adalah sama dan talian persaudaraan mereka masih kekal sehingga ke hari ini. Masyarakat orang asli di kawasan tersebut telah berpecah dan berpindah kehulu bagi penduduk yang tinggal di kg simpai dan runchang dan kehilir bagi penduduk yang tinggal di kg Landai pada masa kini akibat berlakunya banjir besar pada tahun 70an.

Kraf tangan Moden



kraftangan ini merupakan kraftangan yang bentuk dan cara pembuatannya berasal dari Tanjung Pinang, Indonesia. kraftangan ini kurang didapati di semenanjung disebabkan ianya dibuat secara manual dan tidak mempunyai mesin khas dalam pembuatannya. Harga setiap pasu bunga ini dijual mengikut saiz dan jenis dari RM 8 sehingga RM 50.

Mari Belajar Bahasa Asli Jakun

     Disebabkan ak ni orang asli..meh ak ajar korang bahasa orang ali nak??ni ak ajar yang basic jela, lagi pun bahasa orang asli jakun ni nak same ngn bahasa melayu, Cuma agak pekat skit je bahasa dia..laju plak tu, bila diorang cakap nampak macam susah..tp mudah je sbenarnye Cuma percakapan diaorang yang laju tu menyebabkan nampak macam susah..yang ak nak ajar ni bahasa orang asli jakun belah pekan, muadzam dan kuantan je..lau daerah lain korang jangan pakai bahasa ni, kang ade orang kate gile sbb diaorang takkan paham..yela, orang asli kan ada 16 suku kaum semuanya.