Memaparkan catatan dengan label TENTANG DIRIKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TENTANG DIRIKU. Papar semua catatan

TAMAT

Tajuk aku nak ceritakan pada hari ni ialah ego. Ego dan lelaki tidak dapat dipisahkan..adat lah tu an, mesti ade dalam diri lelaki, hari ini aku gaduh dengan Si Tembam pown sebab ego. Korang lau ade Ego sila buangkan ye (*_*)

Ego aku pada hari ni telah memutuskan satu hubungan yang kami pertahankan setahun lebih. Aku mmg seorang yang ego..tp aku jugak ada hati, aku takkan kejar benda yang tak pasti..aku maafkan setiap kesalahan Si Tembam, tp dia tak mampu untuk memaafkan aku seikhlas hati dia. Seribu kemaafan dan rayuan aku dah taburkan tp hati dia tetap keras. Si Tembam mmg kuat, tp aku ni je yang tak kuat..pe da lelaki skarang.

Tp aku lafazkan satu sumpah pada hari ni kepada si Tembam yang aku takkan kacau dia lagi, mungkin itu yang aku tepaksa keluarkan untuk mempertahankan ego aku yang sekian lama hilang. Aku tak salahkan dia pown..dia baek, sentiasa ade time aku susah dan senang tp pe kan daye..jodoh pertemuan di tangan tuhan Beb..pertemuan mesti ada perpisahan.

aku syg dia tak??of coz la sayang..tp entah la, aku terpaksa pegang pada sumpah aku..nanti termakan sumpah plak kan. knape aku keluarkan kata2 sumpah lau aku sayangkan dia??Ala biasa la, tu kuasa tuhan..Dia dah jentik hati aku untuk keluarkan kata- kata itu, so dengan tak sengaja dah tekeluar. Itu semua kuasa Tuhan Beb..sbb jodoh semua kat tangan dia.

tapi pape pown aku harap si Tembam ku bahagia ye..Setiap yang hilang pasti ada pengganti.mungkin tuhan nak ganti dengan yang lebih baek mana kite taw kan..aku ni tak la baik mane pown..tak layak untuk mencintai dan di cintai. Dulu aku de penah sakiti hati seorang gadis, so terima jela..aku dah buat orang lain sakit hati, mst la aku pown akan kena. tu baru adil..hukum karma an..so kne senyum walaupun pedih..

so kepada lelaki lelaki dan sekalian lelaki, buangkan ego anda..anda mampu mengubahnya. jangan sampai orang yang korang sayang tinggalkan korang beb, t menyesal dikemudian hari k.

Tahniah untuk Si Tembam

Hari ini tetibe je aku terbangun awal..Dah terbangun awal2 ni mmg rezeki aku la, bole study an. lepas minum, sarapan semua ak pown buntu nak mule study dari ane an..arghh, on9 la dulu. Tngok2 kat wall aku 8 jam sebelumnye ade Post dari Tembam..aku tak baca pown malam tadi, terlelap awal la plak.Result untuk Filwork dia dapat bagus, tapi sampai sekarang aku tak taw dia dapat A ke, B ke, C ke..huhu. Dia merajuk lagi la plak..

Beraya Bersama Si Tembam

18.08. 2012 Si Tembam datang umah aku, sebagai balasan sebab time dia sambut Gong Xi Fa Cai dulu aku datang umah dia. Macam- macam dia tolong untuk persiapan hari terakhir Raya. Dia tolong mak memasak, tolong kelapa..macam2 la dia tolong, tak sangka jugak si Tembam ni lincah jugak di dapur an. N itu la kali pertama aku rajin menjalin ketupat, biasa la kan orang tersayang nak datang, mst kne tunjuk pandai gak, padahal lepas amik pucuk kelape tu aku punye la beria belajar dulu bawah pokok kelapa tu sebelum sampai at umah, yela nnt malu la lau bawak balek tibe2 tak jadi buat. dekat gak 10 tahun aku tak menjalin ketupat, nasib baek la aku masih ingat. Nak harap adik- beradik aku yang lain mmg diaorang ni tak penah ade minat pown nak menjalin ketupat.

Si Tembam Merajuk ^_^

Hari ni si Tembam majuk dengan ak..sebab ak tertido& tak balas mesej dia semalam..pastu dia share kredit pown ak tak balas gak.haha, bukan sengaja ak tak nak balas pown..cuma tak daya nak bangun je..yela an asik tdo lambat je. pastu tambah g ngn sakit kepala..mmg sedap la aku tido. Puas pujuk dia, 3 hari kowt baru OK.

Tp ak rasa bersyukur sangat sebab sem ni ak amik Falsafah Pembangunan..hahaha, kat situ ak belajar tentang cara- cara nak kekalkan sesuatu perhubungan, ak taw knape golongan yang dah kawen sekarang terutamanya orang muda banyak bercerai. Ini semuanya adalah disebabkan suami tidak faham dengan kerenah si isteri. Perubahan sikap dari seorang wanita yang periang, manja dan ambil berat hilang dalam diri hilang secara tiba- tiba??

Tak Sabar Rasanya (*_*)


Kuliah Semester Pendek di UKM selama 7 minggu udah pon nak abis.. Semua orang tak sabar- sabar nak balik Kg. halaman masing- masing termasuklah aku sendiri. Tp tiket tak beli- beli lagi ni, hurm..Semangat tu mmg da bersemangat, tp aku tak de duit tambang nak balik ni. Maklum lah kan skarang bukan Semester biasa, biasiswa aku masuk pon Sem depan.. nak mengharap keluarga aku pown terasa segan la plak..da besa panjang pown mintak duit lagi ke ape an..

bole je lau ak nak mintak..tp ak ni jenis ego skit, nak wat macam mane kan..kne la usaha sendiri..tak kira apa cara sekalipun ak akan tetap dapat balek kg gak nnt kan. dan paling penting skali ak nak mintak maaf banyak- banyak kat mak dari hujung rambut ke hujung kaki, tak kire la kesalahan pape pun sama ada ak lakukan dalam keadaan sedar ataw separuh sedar..hehe. Maklumlah kan kite ni manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan (*_*)

PAGI YANG PENUH MAKNA BAGIKU (*_*)



bagun pagi pagi..selepas sahur, tibe2 je terasa happy je.knape la..rasa bersemangat je..da macam orang pompuan da ak berwangi- wangian..hehe.. macam biasa la aktiviti ak time happy pagi2 mst ak akan kacau SI DIA..bape banyak kali ak call dia tak angkat la plak..tengah happy2 ni dia tak angkat la plak..buntu la ak, nak kacau sape lagi la pagi2 ni..da la ak ade dia je..huhu. setia k (*_*)

pas tu aku anta la mesej..MORNING..tub2 dia balas, oo..baru bangun rupenye dia. Dia ni lau dapat toto mmg liat nak bagun..kadang2 lau mak dia masuk bilik, tak nampak langsung dia..mst bersembunyi disebalik toto..haha. pelik pelik..

tp pe yang membuatkan ak bertambah gembira bila dia balas mesej ak dengan lembutnye..bertambah la syg ak kat dia kali ni.huhu.. GOOD MORNING B =)


AKU DAN DIA


Hari ni aku nak cerita tentang kisah cinta aku, perkenalan ak dengan seorang gadis ini telah menyedarkan ak untuk menghargai erti sebuah perhubungan. Perkenalan kami bermula daripada facebook yang pada mulanya kami anggap biasa dan akhirnya menimbulkan rasa cinta di antara 2 hamba ALLAH ni.

Hantu Rumah Tumpangan


Aduh..1 minggu lagi aku nak balik UKM, tp duit poket plak tak de.. macam- macam aku fikirkan cara bagaimana cara nak dapatkan duit. Aku pown call pak cik sedara aku, dia cakap ade kerja kosong, satu hari RM100 aku akan dapat. Aku diarahkan oleh pak cik sedara ku untuk membersih kan tiang TNB..yes akhirnya aku ade duit untuk balik UKM. Aku bertolak dengan 3 orang rakan sekerja aku dari rumah aku di nenasi pada pukul 11pg dan sampai kat cenderawasih(muadzam) pukul 6ptg..perjalanan 100km gak dari tempat aku..hurm, tak kisah la..pe yang aku fikir janji aku lepas balik UKM tanpa menyusahkan ibu aku.

Diriku

“keluarga ku syurgaku”..hurm..nak dijadikan ceritanya, pada 30.1.1989 ak telah dilahirkan kemuka bumi ini. ak tak mintak dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Ak tak mintak pown dilahirkan dalam kalangan keluarga yang dihormati...keluargaku adalah keluarga biasa, tp ak bersyukur kerana ak diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini untuk merasakan kehidupan sebagai seorang hamba Allah.