Orang Asli ( PEKASA)



Dewi Malam yang merupakan Batin Kg. Orang Asli Pulau kempas, Banting Selangor. Video ini adalah berkenaan dengan penerangan maksud orang Asli sebagai kaum pribumi atau lebih dikenali sebagai PEKASA. menurut beliau orang Asli merupakan kaum lain hanya boleh dikenali sebagai kaum pribumi dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan kaum- kaum lain disebabkan.Orang asli telah dipecahkan kepada 16 suku kaum keseluruhannya.

Menurut Dewi Malam, status Melayu pada asalnya adalah bagi orang Asli sahaja yang telah diambil oleh orang Melayu. Di sini ingin di perbetulkan bahawa wujud kesalahan pentafsiran berkenaan makna Melayu dan makna Asli di sini:

Definasi Melayu: 
penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.

jadi di sini tidak wujud persoalan siapakah yang patut menggunakan status melayu. Perkataan Melayu digunakan khusus kepada orang melayu sahaja mungkin disebabkan oleh tradisi dari dahulu lagi tetapi ianya tidak semestinya khusus kepada bangsa Melayu sahaja.