PELAJAR UKM, SILA BERWASPADA.
JAM 6.AM- selepas selesai bersahur, saya telah pulang ke UKM secara berseorangan. Maklum la kan skarang saya buat short sem, mana nak ada kawan temankan. tambahan pulak kawan-kawan aku memang ramai diantara mereka tempoh pengajian 3 tahun je. jadi nak dijadikan cerita, saya pun balik la secara seorang diri..lagipun lelaki kan, tak takut pe.
Dalam perjalanan pulang tiba-tiba minyak moto saya habis la pulak..jenuh la jugak nak menolak sampai ke PETRONAS seksyen 15. Tolak punya tolak punya tolak..ade la dua orang braderr ni dengan muke ikhlasnye nak tolong tolak moto aku ni. Braderr 2 orang ni naik moto je, EX5 biru. Mase diaorang berhenti nak tolong aku ni, kawasan tu gelap..sebelum masuk round board nak g MAPLER tu kan..sape blaja kat UKM mungkin taw kowt.
Kawasan Kejadian
ok2 ak sambung balek ye..aku tengah penat menolak kan. Telanjur ade orang nak tolong, aku terima jela. Tapi mase tu aku borak2 la sikit sebab aku nak ilangkan penat buat beberapa minit katakan. Tapi nasib memang menyebelahi aku la..aku terperasan braderr lagi sorang yang kat blakang duk pandang- pandang ke belakang buat beberapa kali..bila kereta tak de dia merapatkan diri dengan aku..ishh..aku mula la curiga, pelahan2 aku tongkat moto risau dia orang ni ade niat tak baik je..
tibe2..bile tak de kereta je..braderr kat blakang turun nak keluarkan pisau Remboo nak paw aku..woii jangan lari..Dah mase tu memamg aku dah ready pown..macam lipas kudung aku lari melintas jalan. Nasib baik la ade kereta Myvi lalu mase tu, aku pun tahan je selamberr.. kebetulan dalam kereta tu ade 5 orang lelaki, mmg la nasib aku time tu..braderr 2 orang tadi berhenti dari kejar aku lepas 5 orang ni turun utk tolong aku. Moto aku pown diaorang tinggal je, yela kan..nak bawak macam mana minyak abes an..
Betul kata pepatah..Air yang tenang jangn disangka Tiada Buaya.. Kepada pelajar UKM ataw sape- sape lah yang duduk di kawasan BANGI ni..hati- hati la ye..jangan keluar sorang- sorang..terutama golongan wanita yang lemah khususnya..SEKIAN ~