Pada artikel kali ini, saya ingin menunjukkan cara mudah untuk lajukan komputer anda.  Kebanyakan pengguna akan menggunakan perisian seperti TuneUp Utilities dan sebagainya untuk melajukan komputer. Akan tetapi, perisian seperti TuneUp Utilities adalah perisian berbayar dan bukan semua orang sanggup membelinya secara sah. Oleh itu, pada artikel kali ini, saya ingin menunjukkan cara mudah untuk lajukan komputer anda secara percuma sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah:
  1. Pertama sekali, sila muat turun perisian CCleaner.
  2. Selepas selesai muat turun, sila install di komputer anda.
  3. Selepas selesai install, sila configure setting startup menggunakan perisian CCleaner.
  4. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah:  
  5. Dengan merujuk gambar di atas ini, saya hanya enable program yang penting sahaja seperti perisian anti-virus, driver graphic card, utilities dan sebagainya.
  6. Dengan ini, masa untuk memulakan sesi windows anda menjadi singkat dan pantas kerana hanya perisian yang penting sahaja yang akan diaktifkan.
  7. Tetapi jangan disable semua sekali. Hanya disable perisian yang tidak perlu diaktifkan ketika sesi windows bermula.
  8. Perbuatan disablekan semua perisian di startup berkemungkinan komputer anda tidak berfungsi dengan sempurna dan virus boleh menyerang komputer anda kerana perisian anti-virus dimatikan ketika sesi windows bermula.
  9. Selepas itu, setelah selesai bermain komputer atau melakukan tugasan berjam-jam lamanya, anda perlu ikuti langkah seperti di bawah:-
  10. Dengan ini, segala fail yang tidak diperlukan seperti cookies, history, temporary file dan sebagainya akan dibersihkan sebelum anda shut down komputer anda.
  11. Secara tidak langsung, prestasi komputer anda akan kekal optimum dan stabil.
  12. Selain itu, anda perlu defrag komputer anda itu sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  13. Dengan ini, prestasi komputer anda akan kekal optimum dan stabil.
Taufik Mansor: Processor komputer saya hanya AMD Sempron single core, akan tetapi dengan mengamalkan tips seperti di atas prestasi komputer saya kekal optimum dan stabil.