Kes Kecurian Semakin Berleluasa Di UKM
UKM. RABU 9.8.2012. Hari ini sekitar jam 0800 A.M, RIZWAN RAMLI seorang pelajar UKM dari Fakulti Pengajian islam telah melaporkan kehilangan barangan miliknya berupa telefon bimbit, laptop, galaxsy tab dan Wallet yang membawa kepada anggaran kerugian sekitar RM 6 Ribu Ringgit
Menurut beliau, barangan miliknya hilang sewaktu beliau sedang tidur di bilik kawannya yang berada di Kolej Rahim Kajai (UKM). Seorang daripada rakan mangsa telah pergi membasuh pakaian selama 30 minit dan meletakkan kunci di dalam kasut. Rakan mangsa hairan apabila pintu biliknya berada dalam keadaan terbuka dan kunci berada di tombol pintu dan telah mengejut mangsa apabila sedar barangan mangsa tiada di dalam bilik berkenaan.
Mangsa telah membuat repot di IPD kajang dalam sekitar jam 1000 A.M dan akan menjalankan siasatan selanjutnya. Pihak keselamatan UKM juga telah menyatakan agar pelajar UKM lebih berhati- hati dan mengambil iktibar daripada kejadian ini. Kes Kehilangan barangan dan Motosikal sering berlaku di kawasan UKM sejak dulu lagi dan ianya kemungkinan daripada penjenayah yang sama.
Taktik yang digunakan oleh penjenayah adalah sama iaitu melakukan aktiviti tersebut pada waktu pagi. Hal ini kerana pelajar akan bangun lewat ekoran daripada bekerja Part Time untuk mendapatkan pendapatan sampingan. waktu ini telah digunakan oleh penjenayah untuk menjalankan aktiviti ini dengan sebaik mungkin.