Diriku

“keluarga ku syurgaku”..hurm..nak dijadikan ceritanya, pada 30.1.1989 ak telah dilahirkan kemuka bumi ini. ak tak mintak dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Ak tak mintak pown dilahirkan dalam kalangan keluarga yang dihormati...keluargaku adalah keluarga biasa, tp ak bersyukur kerana ak diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini untuk merasakan kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
Ak merupakan anak orang asli yang telah dibesarkan oleh seorang ibu yang sangat gigih. Sangat sabar dalam keadaan apapun. Tidak pernah mengenal erti penat, tidak pernah mengenal erti menyerah. Ayah yang kusayang, slalu je tinggal ibu sendiri, dengan keadaan ibu yang sarat megandung.. lima orang adik beradik ak semuanya, tp ayah tidak selalu bersama ibu..ayah..mana ayah pegi ni??kesian ibu..sakit sorang sorang, tidur sorang sorang..ayah suami kan?? Ak selalu je makan ubi kayu, duduk rumah kayu beratapkan nipah..sehingga ak, adik dan abg abg ku besar..wah ibu, ibu sangat sabar.
Kesemua abik beradik ku bersekolah di permatang keledang, jauh sangat dari rumah..Jauh sangat dari ibu, tp ak taw ni untuk masa depan kami semua..ibu telah kerja kilang papan untuk menyara kami sekolah..sorang ibu menyara 5 orang anak, wah..ibu kuat sangat. Sy taw ibu mahu kami berjaya, ibu mahu kami jadi anak yang berguna kan??
Tp ak lihat kesedihan seorang ibu apabila sorang demi sorang anaknya tewas dalam peperangan, bermula dengan along, angah, achik dan akhirnya adikku yang bungsu pon turut berhenti sekolah..mereka tak sampai tingkatan 3 pown sekolah, tp ape bleh buat..mungkin rezeki mereka tak de kowt..kesedihan ibu membuatkan ak berazam dan bertekad..ak akan bg senyuman untuk ibu=)
Ak ni tak la sepandai macam budak lain..tp ak cube buat yang terbaek dan akhirnya ak berjaya mendapatkan keputusan yang boleh dikatakan agak memberangsangkan..ak telah diterima masuk ke ukm dalam bidang pendidikan..skarang ak berbangga, ak orang susah yang hadir dalam masyarakat minoriti..tp ak boleh berjaya sama macam bangsa lain..thankz ibu, pengorbananmu akan ku ingat sampai bila- bila..luv u a lot (*__*)