Sejarah asal asli Jakun
Rumpun orang asli kg pos ulu mempelam
Mungkin ada dikalangan masyarakat pada hari ini pernah mendengar nama kg landai yang teletak di nenasi, kg runchang dan kg simpai yang teletak di muadzam tetapi tidak menyedari tentang asal dari mana mereka datang. Sebenarnya masyarakat dari ketiga- tiga kampung ini berasal dari satu kawasan yang sama iaitu dari kg Pos Ulu Mempelam. Buktinya, dialeg yang mereka gunakan adalah sama dan talian persaudaraan mereka masih kekal sehingga ke hari ini. Masyarakat orang asli di kawasan tersebut telah berpecah dan berpindah kehulu bagi penduduk yang tinggal di kg simpai dan runchang dan kehilir bagi penduduk yang tinggal di kg Landai pada masa kini akibat berlakunya banjir besar pada tahun 70an.
Banjir tersebut telah memaksa penduduk di kg. Bekenaan berpindan secara keterpaksaan. Sekolah khas yang telah dibina oleh kerajaan pada masa tersebut juga telah ditengelami air serta merta. sawah padi yang diusahakan untuk keperluan pemakanan juga telah musnah. Tambahan pula kawasan kg yang jauh dari masyarakat luar ini menyebabkan pihak kerajaan sukar untuk memberikan bantuan dengan lebih cepat kepada penduduk di kawasan tersebut. kawasan tersebut juga tidak mempunyai jalan darat yang khusus untuk anggota penyelamat memberikan bantuan. Untuk sampai ke tempat berkenaan, anggota penyelamat perlu mengikut jalan air dalam anggaran 5 jam perjalanan atau jalan udara sahaja.
Angka kematian penduduk di kawasan tersebut juga agak tinggi terutamanya kanak- kanak. Keadaan banjir tersebut telah memaksa penduduk tersebut untuk menggantung mayat- mayat tersebut diatas pokok disebabkan ketiadaan kawasan untuk menanam mayat tersebut. Keadaan banjir yang semakin teruk ini telah menyebabkan orang kg terpaksa mencari altenatif lain untuk keluar dari kawasan tersebut tanpa menunggu bantuan dari pihak kerajaan disebabkan paras air yang semakin menaik. Mereka telah menebang kayu dan memasukkan di bawah rumah supaya rumah mereka dapat dihanyutkan seperti rakit untuk berpindah ke kawasan baru.
Mereka mencari kawasan yang tinggi dan tidak ditenggelami air untuk dijadikan perkampungan, sehinggalah mereka menjumpainya dan tempat kediaman tersebut dinamakan kg. Landai, Rps Runcang dan Rps Simpai. Kawasan perkampungan tersebut kekal sehingga ke hari ini dan bilangan penduduknya semakin bertambah. Tragedi banjir tahun 70an adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi penduduk orang Asli jakun sehingga kini. Walau bagaimanapun, keputusan berhijrah ke kawasan baru merupakan satu jalan yang positif untuk orang asli di kawasan berkenaan mendapat tranfomasi dari segi pendidikan, cara hidup dan sosioekonomi mereka.
"maju bangsaku maju
mari menuju tranfomasi baru"
Peta Ulu mempelam