Tajuk aku nak ceritakan pada hari ni ialah ego. Ego dan lelaki tidak dapat dipisahkan..adat lah tu an, mesti ade dalam diri lelaki, hari ini aku gaduh dengan Si Tembam pown sebab ego. Korang lau ade Ego sila buangkan ye (*_*)
Ego aku pada hari ni telah memutuskan satu hubungan yang kami pertahankan setahun lebih. Aku mmg seorang yang ego..tp aku jugak ada hati, aku takkan kejar benda yang tak pasti..aku maafkan setiap kesalahan Si Tembam, tp dia tak mampu untuk memaafkan aku seikhlas hati dia. Seribu kemaafan dan rayuan aku dah taburkan tp hati dia tetap keras. Si Tembam mmg kuat, tp aku ni je yang tak kuat..pe da lelaki skarang.
Tp aku lafazkan satu sumpah pada hari ni kepada si Tembam yang aku takkan kacau dia lagi, mungkin itu yang aku tepaksa keluarkan untuk mempertahankan ego aku yang sekian lama hilang. Aku tak salahkan dia pown..dia baek, sentiasa ade time aku susah dan senang tp pe kan daye..jodoh pertemuan di tangan tuhan Beb..pertemuan mesti ada perpisahan.
aku syg dia tak??of coz la sayang..tp entah la, aku terpaksa pegang pada sumpah aku..nanti termakan sumpah plak kan. knape aku keluarkan kata2 sumpah lau aku sayangkan dia??Ala biasa la, tu kuasa tuhan..Dia dah jentik hati aku untuk keluarkan kata- kata itu, so dengan tak sengaja dah tekeluar. Itu semua kuasa Tuhan Beb..sbb jodoh semua kat tangan dia.
tapi pape pown aku harap si Tembam ku bahagia ye..Setiap yang hilang pasti ada pengganti.mungkin tuhan nak ganti dengan yang lebih baek mana kite taw kan..aku ni tak la baik mane pown..tak layak untuk mencintai dan di cintai. Dulu aku de penah sakiti hati seorang gadis, so terima jela..aku dah buat orang lain sakit hati, mst la aku pown akan kena. tu baru adil..hukum karma an..so kne senyum walaupun pedih..
so kepada lelaki lelaki dan sekalian lelaki, buangkan ego anda..anda mampu mengubahnya. jangan sampai orang yang korang sayang tinggalkan korang beb, t menyesal dikemudian hari k.